Social-Media-Exchanger

Wednesday 3 April 2013

Perkhidmatan Jurutaip

Dalam obses mencari peluang menjana duit dari internet, sememangnya anda selalu terbaca peluang kerja dari rumah seperrti Jurutaip dan juga Menyusun Data. Jangan mudah terpedaya dengan laman web yang sebegitu kerana inilah peluang mereka mengambil kesempatan dari anda. Mangsa mereka ialah orang obses yang mungkin seperti anda.

Kebanyakkan laman-laman web tersebut bukanlah menawarkan perkerjaan seperti yang kita harapkan. Ianya sekadar menunjukkan jalan atau cara untuk kita menjadi seorang Jurutaip yang berkerja dari rumah. Lebih tepat lagi mereka hanya mahu melariskan jualan E-Book mereka sahaja!

Secara logiknya, wujudkah perkerjaan yang kita perlu bayar dahulu sebelum kita berkerja? Kalau di kilang sekalipun, kita ditanggung oleh syarikat untuk medical check-up dan kos-kos lain..

Jika E-Book tersebut dijual bertujuan untuk seseorang itu mempelajari Cara-Cara Menaip Dan Menyusun Data Dengan Betul, perlukah seseorang yang sudah mahir membeli E-Book tersebut? Mengapa tidak diambil sahaja individu yang mahir dan berpengalaman tersebut? Sudah tentu beliau lebih baik daripada yang lain-lain..

Modus Operandi mereka mudah:
  1. Menawarkan kerja sambilan dari rumah dengan pendapatan yang lumayan.
  2. Perlu MENDAFTAR.
  3. Perlu BAYAR dan dibekalkan dengan E-BOOK panduan.
  4. Dijanjikan perkerjaan.
Jadi kepada anda semua, jangan terlalu taksub sehingga mengikut setiap langkah yang diberikan. Jangan terlalu percaya dengan testimoni pengguna yang diberikan. Mungkin dahulu anda tidak tahu itu ialah umpan tapi sekarang sila berhati-hati dengan umpan tersebut supaya anda tidak terjerat.

No comments:

Post a Comment