Social-Media-Exchanger

Thursday 20 June 2013

Cabutan Bertuah Minggu Ke-3 Bulan Jun 2013

Assalamualaikum semua.

Disebabkan pendapatan iPanelOnline ini sangat memberangsangkan, pada bulan ini saya banyak menumpukan perhatian saya pada iPanelOnline. Bukan apa, tak mampu rasanya nak pulun semua sekali..

Gambar di bawah ini adalah update terbaru dari iPanelOnline. Tahniah kepada yang telah berjaya mendapat 2349 mata (bersamaan RM23.49).


Sebarang pertanyaan bolehlah ditinggalkan di ruangan komen, insyaallah saya akan membalas! :)

Thursday 13 June 2013

Saya telah menerima pembayaran dari iPanelOnline! Anda bila lagi?

 Assalamualaikum dan alhamdulillah kerana saya mempunyai masa untuk update sedikit demi sedikit tentang iPanelOnline.
Pada post terdahulu, saya ada menceritakan tentang hasil yang telah saya dapat.(KLIK SINI)
Pada kali ini, saya ingin menunjukkan bagaimana pembayaran ini dibuat.
 
Permohonan untuk menebus pembayaran boleh dibuat dengan serendah RM5. Permohonan akan diproses selewatnya 5 hari. Tapi kali ni saya hanya menunggu selama 3 hari je.

Selepas 3 hari, saya dapat e-mail seperti ini.

 
Dalam masa yang sama, saya menerima e-mail daripada PayPal pula yang menyatakan saya telah menerima bayaran daripada iPanelOnline. Bayaran yang saya tebus ialah RM10. Setelah ditolak dengan service charge daripada PayPal, baki wang yang tinggal ialah sebanyak RM 8.41.


































Kemudian, saya login ke dalam akaun PayPal saya. Di sini, saya perlu mengesahkan pembayaran tersebut. Selepas saya mengesahkan, wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya.
Terpulang kepada anda samada ingin shoping secara online dari negara luar ataupun transfer wang tersebut ke akaun bank anda.


Friday 7 June 2013

Butang Cashout Bulan Ini Sudah Muncul


Pada entri yang lepas saya telah menceritakan tentang laman web kaji selidik antarabangsa bukan? Sila rujuk entri saya yang lepas di SINI Alhamdulillah, ramai juga rakyat Malaysia yang telah menyertai kaji selidik ini. Sehinggakan ada yang berjaya mengatasi saya dengan meraih pendapatan lebih RM50 dalam minggu ini. Itu semua bergantung kepada kerajinan anda untuk login dan menyertai kaji selidik tersebut. Di sini saya lampirkan pendapatan minggu pertama saya dalam bulan Jun.

Masih belum terlambat untuk anda sertai! Ramai yang berasa was-was kerana bimbang dengan sindiket penipuan. Jangan bimbang, anda tidak diminta untuk memberi butiran peribadi anda. Klik SINI untuk mendaftar.

Wednesday 22 May 2013

Survey iPanelonline

iPanelonline merupakan sebuah syarikat kajiselidik yang mempunyai pelbagai cawangan di serata negara termasuklah Brazil, US,China, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.
Kajiselidik yang ditawarkan bergantung kepada kriteria pengguna seperti umur, jantina, warganegara dan lain-lain yang berkaitan. Pulangan juga sememangnya lumayan kerana hari ini sahaja, saya memperolehi RM15 dalam masa tidak sampai satu jam. Minimum penebusan pula ialah RM5 dan dibayar melalui PayPal, Cek dan lain-lain. Jadi, anda tidak perlu bimbang jika anda ditipu atau SCAM. Jika anda sudah mendaftar, anda akan mendapati sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah sertai.

 

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom sertai iPanelonline sekarang! Klik SINI untuk mendaftar!

Saturday 27 April 2013

Malaysian Pay Per Click

Malaysian Pay Per Click merupakan laman web pengiklanan. Program yang ditawarkan oleh Pay Per Click ini cukup menarik kerana anda dibayar berdasarkan klik anda. Sebagai contoh, kebetulan semasa anda login ke akaun Malaysian Pay Per Click, anda terlihat iklan syarikat penerbangan Air Asia. Apabila anda klik iklan tersebut, anda akan dibayar sebanyak RM0.10.

Selain itu juga, Malaysian Pay Per Click menawarkan pelbagai program untuk anda. Pendaftaran adalah PERCUMA dan mereka akan membayar kepada anda melalui akaun bank Malaysia, PayPal atau lain-lain.
Anda tidak perlu bimbang kerana Malaysian Pay Per Click adalah syarikat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Jadi, apa tunggu lagi? Daftar sekarang di SINI.

Thursday 25 April 2013

Jom Sertai JomNiaga

JomNiaga merupakan sebuah rangkaian permasaran yang pertama di Malaysia. Uniknya JomNiaga ini ialah kita akan lihat pelbagai pembekal yang sedang mencari penjual. Secara ringkasnya, mereka yang berada di dalam JomNiaga sedang mencari agen affiliate.


Tugas agen affiliate adalah mudah iaitu hanya mempromosikan produk yang kita suka. Tiada modal yang dikeluarkan, malahan keuntungan berganda. Ada sahabat-sahabat saya mampu menjana pendapatan sebanyak RM200 dalam masa 3 hari secara santai sahaja. Sememangnya kerja ini lumayan kerana ada produk yang menawarkan komisen melebihi RM50 untuk satu produk sahaja.Lumayan bukan?


Pendaftaran adalah mudah dan PERCUMA. Kini tiada alasan untuk anda tidak berjaya untuk berjaya kerana peluang sudah terbuka luas untuk anda. Tugas ini tidak memerlukan kepakaran berbahasa inggeris, sijil, diploma, petah bercakap dan lain-lain. Hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah akaun Facebook sahaja.

JOM  SERTAI SEKARANG! KLIK SINI

Sunday 21 April 2013

Jana Pendapatan dengan Kaji Selidik / Soal Selidik

Pernahkah anda menjawab kaji selidik (survey) sebelum ini? Kebanyakkan survey akan memberi sedikit cenderahati kepada responder mereka disebabkan kerjasama yang telah diberikan. Saya juga pernah merasa beberapa cenderahati semurah pemetik api sehingga tiket konsert berharga hampir RM100 daripada sebuah syarikat kaji selidik. Pada mulanya saya hanya menjawab satu kaji selidik tentang rokok dan tembakau di sebuah restoran. Maklumat peribadi saya diambil seperti nama, nombor telefon dan alamat. Kemudiannya saya diberi cenderahati berupa sebuah pemetik api berjenama Cricket. Dalam hati saya berfikir, "Jadilah dapat lighter free..".

Tidak lama selepas itu, saya dihubungi semula untuk menjawab kaji selidik yang lain melalui telefon. Pada masa itu, saya masih bimbang kerana terdapat pelbagai sindiket yang menipu menggunakan taktik sebegini. Yang paling penting, JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT BANK DAN NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA. Selepas saya menjawab survey tersebut, mereka hanya minta alamat terbaru saya untuk pemberian cenderahati. Selang tiga hari kemudian, saya menerima kad jemputan ke sebuah acara perlawanan bola sepak. Selain itu juga, saya pernah menerima tiket konsert Fenomena Search dan juga ke sebuah majlis yang dihadiri oleh DeeJay popular Asia. Sememangnya grand!

Point saya di sini ialah, mengapa kita dibayar atau diberi ganjaran untuk menjawab survey.
Banyak laman web yang menjalankan perkhidmatan sebegini dan kepada mereka yang obses mengejar pendapatan sampingan semestinya tidak berfikir panjang akibatnya.

Ada laman web yang hanya memperdayakan mangsa dengan motif berbeza tetapi modus operandi yang sama. Sesetengah motif penipuan hanyalah untuk mencuri maklumat dan menggodam laman sosial pengguna menggunakan teknik phissing. Sesetangahnya pula bermotifkan mencuri maklumat peribadi mangsa termasuklah maklumat perbankan dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, sentiasa berhati-hati dan membuat tinjauan daripada rakan-rakan blogger lain sebelum menyertai mana-mana laman web kaji selidik dahulu.

Sunday 14 April 2013

Mari Menambah Pendapatan Melalui 8Share

Sebenarnya SAYS sudah bertukar kepada 8Share pada hari ni. Terkejut juga apabila akaun menjadi kosong bila buka SAYS pagi ni. Rupa-rupanya semua sudah berpindah kepada 8share.

KLIK GAMBAR UNTUK MENYERTAI 8SHARE

KLIK GAMBAR UNTUK MENYERTAI 8SHARE
SAYS dan 8Share ini adalah syarikat pengiklanan di dalam media sosial internet. Pendaftaran adalah percuma!

Kerja kita adalah mudah iaitu menyebarkan iklan dari 8Share ini ke dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, inShare dan Google+. Bayaran yang diterima adalah berdasarkan jumlah KLIK daripada pengguna internet yang melihat iklan tersebut. (Satu klik akan dibayar sebanyak RM0.20)
Cuba bayangkan seramai 5 orang telah KLIK iklan anda tersebut? Anda akan dapat RM1 tanpa mengeluarkan modal.

Bayangkan jika satu iklan anda boleh dapatkan 50 orang dalam masa satu (1) jam?
Jadi apa yang perlu anda tunggu lagi? Jom sertai 8share dengan klik SINI tanpa mengeluarkan modal sesen pun!

Cara-cara selepas Sign Up dan mengemaskini maklumat akaun.

Klik Special.
 Pada menu Special terdapat iklan yang menawarkan komisen untuk anda. Untuk yang bertanda bulatan hijau (rujuk gambar dalam bulatan merah), ialah iklan yang masih lagi menawarkan komisen dan yang kabur ialah iklan yang sudah tamat tempoh.

Selepas anda KLIK iklan tersebut, anda diberi pilihan untuk menyiarkan di Facebook, Twitter, atau Google+..
Anda hendaklah menambah ayat mengikut kreativiti anda supaya iklan tersebut menarik. Semoga berjaya..! :)

Sunday 7 April 2013

Menjana Pendapatan melalui Adf.ly

Adakah anda pernah melihat perkataan Adf.ly?
Saya yakin anda semua pernah terjumpa perkataan ini.

Adf.ly ini adalah laman web pengiklanan dengan menggunakan kaedah memendekkan URL (alamat laman web). Sebagai contoh, saya shrink link blog saya http://duit2percuma.blogspot.com di adf.ly. Kemudian link tersebut menjadi http://adf.ly/P2iYF. Secara zahirnya, link tersebut menjadi pendek dan link yang asalnya dapat disembunyikan.

Tetapi, jika anda klik pada link tersebut anda akan dibawakan ke adf.ly selama beberapa saat untuk tujuan pengiklanan sebelum dibawakan kepada link sebenar. Setiap klik daripada audience adalah dikira dan dimasukkan ke dalam akaun saya. Bayaran untuk 1000 klik adalah sebanyak USD $4 - USD $5 dan boleh dibayar melalui akaun PayPal.



Adf.ly adalah pilihan terbaik untuk menambah pendapatan sampingan untuk anda. Daftar akaun anda dahulu dan nantikan post saya untuk ulasan terperinci dan tentang PayPal. Sila berikan respon sebagai tanda sokongan anda dan mungkin saya akan mengulas lebih lanjut dalam masa yang terdekat.

Kenapa Perlu Berniaga Di Internet?

Pernah anda terfikir untuk menjalankan perniagaan di internet?
Jika dahulu adalah mustahil, sekarang adalah mungkin dan jadikan yang akan datang itu PASTI...

Nak jual apa?

Carilah sesuatu produk yang anda yakin nilai pasarannya. Boleh jadi pakaian, makanan, aksesori kenderaan ataupun produk kecantikan.

Mengapa mereka perlu membeli dari anda?

Membeli-belah di internet adalah cara yang paling mudah, murah dan menjimatkan masa. Oleh kerana anda menjalankan perniagaan di rumah, harga barangan anda mungkin boleh dikurangkan berbanding harga di kedai.
Ramai diantara pengguna internet adalah mereka yang jarang keluar rumah, sibuk berkerja di depan komputer dan pelajar.
Golongan ini kebiasaannya membeli belah apabila terlihat iklan melalui mana-mana laman sosial secara santai. Mereka mempunyai masa untuk membuat perbandingan harga dan membuat pembayaran sambil duduk di rumah sahaja dan menanti barangan yang dipos tiba.
Selain daripada golongan tersebut ialah mereka yang memerlukan sesuatu barang yang jarang terdapat di pasaran biasa. Sebagai contoh ialah alat ganti komputer.
Oleh itu pilihlah produk yang bersesuaian dengan target audience anda.

Saturday 6 April 2013

Pay Per Lead

Assalamualaikum w.b.t. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Apa itu Pay Per Lead?
Pay Per Lead adalah sebuah program affiliate yang diberikan komisen melalui bilangan e-mail yang didaftarkan.

Prinsipnya adalah sama dengan komisen penjualan produk tetapi di sini kita menerima komisen berdasarkan jumlah e-mail yang telah didaftarkan di bawah link kita selaku referrer. Apa yang menariknya dengan program ini ialah kita tidak perlu mengeluarkan modal walau sesen pun. Begitu juga dengan pengguna lain yang telah menjadi subscriber di bawah kita. Kebiasaannya, bayaran komisen yang diberi untuk satu alamat e-mail ialah RM0.20, RM0.30 dan sehingga RM1.

Mudah bukan?
Soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakan saya ialah, "Kenapa mereka perlu bayar kepad kita? Macam tak logik lah senang-senang orang nak bagi duit."
Sebenarnya ia amat mudah. Usahawan internet memerlukan senarai e-mail tersebut untuk tujuan pengiklanan produk mereka. Program Pay Per Lead ini memerlukan anda memberi alamat e-mail anda dengan persetujuan anda sendiri. Ianya khusus untuk pengiklanan dan lebih keberkesanannya berbanding menyewa tapak iklan di website atau blog kerana pengiklanannya pasti kepada target audience yang tepat.

p/s: Inilah pendapatan pertama saya melalui internet! :D
Nantikan ulasan saya mengenai: Traffic Hits, Teknik SEO, Psikologi, Apa itu Affiliate, Online Banking, Cara Membuat Banner dan lain-lain lagi.

Wednesday 3 April 2013

Mengapa Saya Ingin Berkongsi Dengan Anda?

Assalamualaikum semua..

Cukup untuk hari ini saya kongsikan bersama anda. Diharapkan anda semua mengikuti perkembangan up to date blog ini kerana banyak lagi yang saya hendak kongsikan bersama anda.

Hati saya terdetik untuk berkongsi dengan anda sejak pertama kali saya menerima hasil melalui internet. (Walaupun tak banyak..) Ini kerana, saya tidak berasa rugi jika berkongsi dengan anda semua malah lagi berlipat ganda hasilnya.

Kemudian, saya membuat pelbagai eksperimen untuk mencuba cara-cara mudah untuk meraih keuntungan daripada internet. Ianya sesuai untuk anda yang bergelar sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

INGAT..Saya tidak menjual E-Book atau apa-apa produk. Ilmu yang percuma akan saya berikan secara percuma..

Apabila mati seorang anak adam, terputuslah segala pahala amalannya kecuali:
  1. Harta yang disedekahkan.
  2. Ilmu.
  3. Doa anak yang soleh.
Nasihat saya ialah JANGAN tamak. Jika anda sudah kaya suatu hari nanti, ringankan tangan anda untuk bersedekah.

Perkhidmatan Jurutaip

Dalam obses mencari peluang menjana duit dari internet, sememangnya anda selalu terbaca peluang kerja dari rumah seperrti Jurutaip dan juga Menyusun Data. Jangan mudah terpedaya dengan laman web yang sebegitu kerana inilah peluang mereka mengambil kesempatan dari anda. Mangsa mereka ialah orang obses yang mungkin seperti anda.

Kebanyakkan laman-laman web tersebut bukanlah menawarkan perkerjaan seperti yang kita harapkan. Ianya sekadar menunjukkan jalan atau cara untuk kita menjadi seorang Jurutaip yang berkerja dari rumah. Lebih tepat lagi mereka hanya mahu melariskan jualan E-Book mereka sahaja!

Secara logiknya, wujudkah perkerjaan yang kita perlu bayar dahulu sebelum kita berkerja? Kalau di kilang sekalipun, kita ditanggung oleh syarikat untuk medical check-up dan kos-kos lain..

Jika E-Book tersebut dijual bertujuan untuk seseorang itu mempelajari Cara-Cara Menaip Dan Menyusun Data Dengan Betul, perlukah seseorang yang sudah mahir membeli E-Book tersebut? Mengapa tidak diambil sahaja individu yang mahir dan berpengalaman tersebut? Sudah tentu beliau lebih baik daripada yang lain-lain..

Modus Operandi mereka mudah:
  1. Menawarkan kerja sambilan dari rumah dengan pendapatan yang lumayan.
  2. Perlu MENDAFTAR.
  3. Perlu BAYAR dan dibekalkan dengan E-BOOK panduan.
  4. Dijanjikan perkerjaan.
Jadi kepada anda semua, jangan terlalu taksub sehingga mengikut setiap langkah yang diberikan. Jangan terlalu percaya dengan testimoni pengguna yang diberikan. Mungkin dahulu anda tidak tahu itu ialah umpan tapi sekarang sila berhati-hati dengan umpan tersebut supaya anda tidak terjerat.

Komisen Melalui Iklan

Cara ini adalah paling mudah untuk anda meraih keuntungan daripada internet. Anda tidak perlu mengeluarkan modal walau satu sen pon melainkan untuk bil elektrik dan internet anda.

Bukan semua pengguna internet tidak mempunyai BLOG. Jadi kepada anda yang tidak mempunyai blog dan laman web lain, anda boleh melakukannya dengan menggunakan Twitter atau Facebook sahaja!

Sertai SAYS sebuah syarikat pengiklanan di Malaysia.


Caranya cukup mudah. Anda perlu menyebarkan seberapa banyak iklan dan artikel di Facebook atau Twitter. Setiap klik akan dibayar sebanyak RM0.20 sehingga kepada jumlah yang ditetapkan.

Lihat gambar bukti di atas, saya yang hanya main-main untuk TIGA hari sahaja sudah mendapat RM2.60. Jadi, bagaimana pula dengan anda jika buat secara serius???
Memang mudah! Hanya SHARE atau TWEET!!!

Pembayaran akan dilakukan sehingga komisen anda melebihi RM50 dan dibayar melalui semua jenis bank. Jadi tidak perlu risau jika anda tiada akaun Maybank atau CIMB atau apa-apa pun.

Saya cuma membantu anda, selebihnya adalah USAHA anda sendiri.. :)

Program Affiliate

Program Affiliate ini adalah salah satu cara yang paling mudah untuk membuat duit melalui internet. Anda tidak memerlukan modal, cuma anda perlukan satu medium seperti Facebook atau sebagainya untuk anda memasarkan produk tersebut.

Pada hari ini banyak website telah menjalankan program affiliate diantaranya ialah JomNiaga. Anda boleh mencari peluang program affiliate itu di SINI.

 
Sangat mudah untuk mendaftar. Jangan lupa untuk menghantar salinan Kad Pengenalan kepada JomNiaga untuk pengesahan status anda. Selepas mendapatkan pengesahan, anda boleh memilih program yang anda rasa berminat untuk menjadi agen tersebut.

Untuk mendapatkan link affiliate dan banner untuk sesuatu produk, login ke akaun JomNiaga anda dan klik "Marketplace".
Klik pada nama produk, dan lihat di bawah pada bahagian "Pautan" untuk link affiliate anda.
Lihat bahagian "Banners" untuk banner affiliate anda dan letakkan banner tersebut di platform blog anda.

Bagi yang tidak mempunyai blog, anda juga boleh menggunakan Facebook dan sebagainya untuk memasarkan produk tersebut. Semoga Berjaya!

Duit Dari Internet?

Ya, Duit Dari Internet. Mula-mula dengar seperti sukar dipercayai, kemudian seperti sukar dilakukan. Bila terasa sukar dilakukan itulah penanda aras untuk anda bertemu kegagalan.

Mudah putus asa, itu sememangnya sifat manusia yang tiada motivasi diri. Kegagalan adalah titik permulaan untuk anda memperbaiki diri dan strategi supaya kegagalan yang sama tidak berulang. Untuk berjaya sememangnya akan bertemu dengan kesukaran dan untuk mengatasinya ialah USAHA.

Ingat, untuk berjaya bukanlah mudah. Jika anda mudah untuk berjaya bermakna anda mudah untuk digagalkan. DI-GAGAL-KAN.

Di sini saya bukan menjanjikan DUIT untuk anda, tetapi saya ingin berkongsi peluang-peluang yang ada untuk blogger seperti kita semua.

Semoga berjaya!