Social-Media-Exchanger

Saturday 6 April 2013

Pay Per Lead

Assalamualaikum w.b.t. Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Apa itu Pay Per Lead?
Pay Per Lead adalah sebuah program affiliate yang diberikan komisen melalui bilangan e-mail yang didaftarkan.

Prinsipnya adalah sama dengan komisen penjualan produk tetapi di sini kita menerima komisen berdasarkan jumlah e-mail yang telah didaftarkan di bawah link kita selaku referrer. Apa yang menariknya dengan program ini ialah kita tidak perlu mengeluarkan modal walau sesen pun. Begitu juga dengan pengguna lain yang telah menjadi subscriber di bawah kita. Kebiasaannya, bayaran komisen yang diberi untuk satu alamat e-mail ialah RM0.20, RM0.30 dan sehingga RM1.

Mudah bukan?
Soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakan saya ialah, "Kenapa mereka perlu bayar kepad kita? Macam tak logik lah senang-senang orang nak bagi duit."
Sebenarnya ia amat mudah. Usahawan internet memerlukan senarai e-mail tersebut untuk tujuan pengiklanan produk mereka. Program Pay Per Lead ini memerlukan anda memberi alamat e-mail anda dengan persetujuan anda sendiri. Ianya khusus untuk pengiklanan dan lebih keberkesanannya berbanding menyewa tapak iklan di website atau blog kerana pengiklanannya pasti kepada target audience yang tepat.

p/s: Inilah pendapatan pertama saya melalui internet! :D
Nantikan ulasan saya mengenai: Traffic Hits, Teknik SEO, Psikologi, Apa itu Affiliate, Online Banking, Cara Membuat Banner dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment