Social-Media-Exchanger

Sunday 21 April 2013

Jana Pendapatan dengan Kaji Selidik / Soal Selidik

Pernahkah anda menjawab kaji selidik (survey) sebelum ini? Kebanyakkan survey akan memberi sedikit cenderahati kepada responder mereka disebabkan kerjasama yang telah diberikan. Saya juga pernah merasa beberapa cenderahati semurah pemetik api sehingga tiket konsert berharga hampir RM100 daripada sebuah syarikat kaji selidik. Pada mulanya saya hanya menjawab satu kaji selidik tentang rokok dan tembakau di sebuah restoran. Maklumat peribadi saya diambil seperti nama, nombor telefon dan alamat. Kemudiannya saya diberi cenderahati berupa sebuah pemetik api berjenama Cricket. Dalam hati saya berfikir, "Jadilah dapat lighter free..".

Tidak lama selepas itu, saya dihubungi semula untuk menjawab kaji selidik yang lain melalui telefon. Pada masa itu, saya masih bimbang kerana terdapat pelbagai sindiket yang menipu menggunakan taktik sebegini. Yang paling penting, JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT BANK DAN NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA. Selepas saya menjawab survey tersebut, mereka hanya minta alamat terbaru saya untuk pemberian cenderahati. Selang tiga hari kemudian, saya menerima kad jemputan ke sebuah acara perlawanan bola sepak. Selain itu juga, saya pernah menerima tiket konsert Fenomena Search dan juga ke sebuah majlis yang dihadiri oleh DeeJay popular Asia. Sememangnya grand!

Point saya di sini ialah, mengapa kita dibayar atau diberi ganjaran untuk menjawab survey.
Banyak laman web yang menjalankan perkhidmatan sebegini dan kepada mereka yang obses mengejar pendapatan sampingan semestinya tidak berfikir panjang akibatnya.

Ada laman web yang hanya memperdayakan mangsa dengan motif berbeza tetapi modus operandi yang sama. Sesetengah motif penipuan hanyalah untuk mencuri maklumat dan menggodam laman sosial pengguna menggunakan teknik phissing. Sesetangahnya pula bermotifkan mencuri maklumat peribadi mangsa termasuklah maklumat perbankan dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, sentiasa berhati-hati dan membuat tinjauan daripada rakan-rakan blogger lain sebelum menyertai mana-mana laman web kaji selidik dahulu.

No comments:

Post a Comment