Social-Media-Exchanger

Sunday 7 April 2013

Kenapa Perlu Berniaga Di Internet?

Pernah anda terfikir untuk menjalankan perniagaan di internet?
Jika dahulu adalah mustahil, sekarang adalah mungkin dan jadikan yang akan datang itu PASTI...

Nak jual apa?

Carilah sesuatu produk yang anda yakin nilai pasarannya. Boleh jadi pakaian, makanan, aksesori kenderaan ataupun produk kecantikan.

Mengapa mereka perlu membeli dari anda?

Membeli-belah di internet adalah cara yang paling mudah, murah dan menjimatkan masa. Oleh kerana anda menjalankan perniagaan di rumah, harga barangan anda mungkin boleh dikurangkan berbanding harga di kedai.
Ramai diantara pengguna internet adalah mereka yang jarang keluar rumah, sibuk berkerja di depan komputer dan pelajar.
Golongan ini kebiasaannya membeli belah apabila terlihat iklan melalui mana-mana laman sosial secara santai. Mereka mempunyai masa untuk membuat perbandingan harga dan membuat pembayaran sambil duduk di rumah sahaja dan menanti barangan yang dipos tiba.
Selain daripada golongan tersebut ialah mereka yang memerlukan sesuatu barang yang jarang terdapat di pasaran biasa. Sebagai contoh ialah alat ganti komputer.
Oleh itu pilihlah produk yang bersesuaian dengan target audience anda.

No comments:

Post a Comment